BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 6 Januari 2012

semakin kuat dugaan allah semakin kuat hatiku menerimanya...

betul juga kata owg kan smkin kuat dugaan allah kepada kita smkin kuat aty kita untk trima sgla2nya...
sma seperti kata pepatah "setiap ujian yang allah berikan pada hambanya pasti ada hikmahnya
semakin allah sygkan kita, semakin kuat ujian allah berikan padanya" jadi xplu lah kita merasa seperti terhina, segala dugaan nya pasti ada hikmah di sebalik kejadian
xplulah kita merasa terlalu kecewa dan sedih HANYA DENGAN MENGIGATI ALLAH pastinya kita akan merasa bahagia dan tenang,,,, allah maha besar hanya pada dia kita memohon jadi terima segala dugaan dengan tenang,,
aja de 1 cerita nak share dgn kowg.. cte ni mmg bnyk sedarkan aja tntg dugaan allah kerana allah ingin menyedarkan umat2nya yang lalai dan alpa dgn duniawi allah brikan dugaan agar manusia tidak melakukan perkara yang salah dan melakukanny sehingga akhir hayat,,,
lalu.. allah sedarkan kita dengan beberapa dugaan yg kita trima....



Dari jauh kelihatan seseorang sedang termenung menghadap kalimah Allah Swt yang ditampal pada salah satu tiang di sebuah masjid.

Dari kelakuannya, nampak seperti diselubungi masalah.Dari matanya nampak penyesalan di atas semua yang telah berlaku.

Pintu masjid dibuka-buka oleh setiap jemaah yang datang.Dia melihat setiap orang yang masuk…sambil mencari ketenangan.

Tertunduk sahaja dia….kadang-kadang merenung Lafaz Jalaalah di hadapannya.

Dia melihat Lafaz Jalaalah itu, dengan dia mengetahui pemilik nama tersebut adalah Zat yang Maha Sempurna, Yang Maha Hidup, yang tidak pernah melakukan kesilapan.Dialah Allah Swt yang Maha Adil.

Sedang dirinya, amat cacat dari kesempurnaan…amat jauh dari kesucian…Memerlukan dokongan dan sokongan untuk menjadi hamba Allah Swt yang soleh.

Dosa-dosa yang dilakukan diingati..Kesalahan langkahnya dibilang-bilang satu persatu.

Hanya pada Allah Swt dia bergantung harap….ujian yang datang menyedihkan dirinya….penyesalan yang tidak sudah-sudah…

Hanya pada Allah Swt Yang Maha Hidup lagi Maha Sempurna tempat dia mengharapkan rahmat dan kekuatan…

Maha Hidup lagi Maha Sempurna.Dua sifat Allah Swt inilah yang diajar kepadanya untuk mengenali Allah Swt….Hidup yang tidak mati…Sempurna pada NamaNya dan Fi'ilNya…



SENTUHAN DARI SEORANG JIWA

Tiba-tiba dirinya disentuh oleh seorang jiwa yang datang menyapa " Bukankah Allah Swt menguji hambaNya kerana Dia sayang dan cintakan hambaNya?"

Dia melihat kepada jiwa tersebut sambil mengangkat kepalanya.Jiwa itu terus bersuara " Sudah kamu lupa pada Firman Allah Swt yang berbunyi :


الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ


Yang bermaksud : Dialah ( Allah Swt ) yang telah menciptakan kematian dan kehidupan sebagai ujian untuk menguji kamu semua, yang manakah di kalangan kamu yang paling baik amalannya.Dan ketahuilah Dialah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.


Surah Al-Mulk Ayat 2


Dia menguji kamu dengan kematian dan berita-berita kematian di sana sini, untuk melihat, adakah kamu bersedia untuk mati?Dia memperlihatkan kepada kamu kematian, untuk kamu pandai membuat persedian menghadapinya, kerana mati itu datang dengan tiba-tiba.Bukankah itu tanda kasih Dia kepadamu…?Allah Swt sekali-kali tidak akan biarkan kamu lalai. "


Jiwa itu terus berhujah " Dia menguji kamu dengan kehidupan untuk melihat adakah kamu menggunakan dunia ini untuk meraih cintaNya yang abadi atau kamu menjadikannya medan untuk membuat kebencianNya?? "


Jiwa itu terus menyambung " Hadith Nabi Saw yang berbunyi :


مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ


Yang bermaksud : Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, nescaya Dia akan mengujinya.


Riwayat Bukhori


Kamu pandai baca sahaja ke?Wahai teman, Allah Swt sedang menguji kamu, tanda Dia inginkan kebaikan kepadamu.Tanda Dia sayang kepadamu…Dia tidak mahu kamu lalai dan terus alpa….Dia ingin kamu sedar "


Kepalannya tertunduk…..mengiyakan kata seorang jiwa itu.


Jiwa itu terus berkata : " Allah Swt menguji kamu, bukan Dia ingin melihat kekuatan kamu…Ingatkah kamu pesan guru kita ketika menerangkan hadith-hadith mengenai sabar?Allah Swt menguji kita bukan untuk melihat kekuatan kita, tetapi untuk kita mengiktiraf KekuatanNya dan KebijakasanaanNya…


Allah Swt menguji kita dengan perkara ringan, kita dapat menghadapinya….Seterusnya Allah Swt menguji kita dengan lebih berat, kita masih mampu bertahan…Allah Swt terus menguji kita dengan perkara yang sangat berat dan lebih sangat berat..akhirnya kita tidak berdaya lagi..kita lemah longlai sebagai seorang hamba yang tidak berdaya….


Akhirnya ketika itu kita terus mengiktiraf : "Ya Allah, aku tidak tahan dah…KepadaMu aku mohon kekuatan untuk menghadapi ujian ini.Ujian ini daripadaMu dan daripadaMu jualah kekuatan dan dokongan…Aku sudah tidak berdaya Ya Robb!!!Tolonglah aku menghadapi ujian ini…Tolonglah..."


Sebelum ini, mungkin kita menghadapi ujian dengan kekuatan kita sendiri wahai teman…Tetapi kali ini, kekuatan kita tidak ada gunannya lagi..Akhirnya sokongan dan kekuatan daripada Allah Swt jualah yang kita dambakan….Itulah yang Allah Swt mahu.Jangan bergantung kepada dirimu dalam segala perkara…Tetapi bergantunglah kepada Allah Swt Yang Maha Hidup lagi Maha Sempurna…. Allah Swt mahu kamu sedar, kamu itu maha lemah…Dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Bijaksana "


Terkedip mata, menerima tazkirah daripada seorang jiwa…


Tazkirah disambung : " Wahai teman, baliklah kepadaNya…Kembalilah kepadaNya…Bertaubatlah kepadaNya…Beristighfarlah kepadaNya…Jangan kamu sedih, pilu dan sayu…Allah Swt itu ada..janganlah kamu menjauhkan diri daripadaNya…Raihlah cinta Allah Swt….Berusahalah untuk itu.Apa yang Allah Swt gemari, lakukanlah…Apa yang Allah Swt benci, jauhkanlah…Raihlah cintaNya…Dengan cintaNya, kita memperolehi kekuatan..Bercinta dengan Allah Swt tidak akan rugi di dunia apatah lagi di akhirat…."


Iye….betul……

Akhirnya, iqomah untuk solat maghrib berkumandang…mereka bergegas memenuhi saf yang ada……ALLAAHU AKBAR!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan