BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 25 Mei 2012

Cinta itu indah tapi dimanakah pemiliknya..









p/s wahai si pemilik hati ini jika kamu benar-benar mencintai diri ini kau terimalah  seadanya jika ada kekurangan angaplah hanyalah insan biasa di bumi allah ini kerana setiap insan mempunyai kelebihan dan kelemahan mereka. jika kau sanggup menjadi sebahagian daripada nya kau usahakan lah kerana dia hanya redha dengan ketenjuan ilahi jodoh pertemuan semuanya di tangan allah.. amin..
Siapakah bakal memiliki wahai sang pemilik hati???
Apabila manusia menyebut perkataan cinta, maka manusia tersebut tidak dapat lari dari berbicara dengan soal hati dan jiwa kerana ia sangat berkaitan antara satu dan yang lain.
Na’am, cinta inilah yang terletak pada hati yang sangat diagungkan umpana sebagai seorang raja dan kerajaan dalam diri manusia.
Nabi bersabda : Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahad daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati.
Cinta tempatnya dihati dan kuasai keseluruhanya.
Berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati dengan meletakkan cinta didalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jahat, buruk dan sebagainya.
Namun cinta sesama manusia  bukanlah segala-galanya. Lebih buruk dan menyedihkan lagi dalam realiti kehidupan sekarang ini, cinta sudah dan selalunya dinobatkan secara mengila-gila. Walhal cinta yang dipuja-puja itu akhirnya bungkus ditengah dan pengahirannya.
Ingatlah!. Cinta yang kecil ialah cinta kepada manusia yang bersifat makhluk. Tetapi kita lupa akan nilai dan besar hanya apabila cinta ini disandarkan kepada Allah.
Cinta itulah yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati.
Cinta bukan dari mata turun ke hati tetapi dari hati naik ke mata.
Itulah cinta sebenar sugi lagi tulus. Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia beriman sesuai dengan martabatnya sebagai hamba Allah.
Isi hati
tiada siapa yang tahu
apa yang terungkap di hati.
Apabila hati bersih
fikirannya tepat kehendak Allah
hanya DIA yang tahu.
Apabila hati bersih
berada di jalan yang benar
hanya DIA juga yang tahu.
Apabila hati bersih
menunjukkan jalan kebenaran
manusia tidak tahu
Isi Hati
hanya Allah sahaja yang tahu
apa yang tersirat di hati.
Jika cinta ini kerana Allah.. Saya harap ianya tidak tawar. Jika cinta ini kerana syaitan.. Saya harap ianya terus lenyap. Jika memang takdir utk diri saya.. Saya harap berpanjangan dan selamanya.