BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 16 Januari 2012

~pErAsAaN apaKaH iNiEy~


disayang & menyayang
~ i lebbiu ~

dijaga & menjaga
~ study jgn xstudy ~

dirisaukan & merisaukan
~ jgn xmakan taw,, nt saket ~

diambiltahu & mengambiltahu
~ ok x exam? ok x keje? ~

dicemburui & mencemburui
~ 'u msj dgn dy kn?hmmm' ~
~ 'u study dgn dy b2 je?hmmm' ~

dipesan & memesan
~ pandai2 jage diri.. jgn terlebih. ~

dirindu & merindu
~ hari2 bila mkn, u xde dgn i ~

berk0ngsi
~ happiness. sadness. laugh. g0ssips. pr0bs. pebret. f0ods. s0ngs. ~

adil
~ family u knal i. family i knal u. ~
(yeke yg ni ni??haha xp0n kn..adik beradik jep..) 
pelik & memelikkan
~ xpe, u xreply msj i p0n xpe.. i msj je.saje kac0 u. ~
~ nape xagkat call? ~


nakal
~ td i jmpe mamat tue > ok fine ~
~ i msj ngan girl tue td > OK FINE!! ~

tp kami berjauhan... 
dy di barat daya...
aja di utagha...
hmmm

perasaan kah itu??
atau hanya perasan??

hihihihihi.... =)
 ok,tata~~~


Sabtu, 14 Januari 2012

~15 TiPs meNUrunkan BeRat baDaN utK sy daN kaMoOo~


Bagi mereka yang memiliki berat badan berlebihan, sudah tentu sentiasa memasang azam mahu menurunkan berat badan.
Memang bagus untuk anda memasang azam tersebut agar badan menjadi langsing semula. Bukan semata-mata kerana cantik tetapi juga untuk faktor kesihatan dan psikologi kerana masalah ini turut menjejaskan rasa percaya terhadap diri sendiri.
Berikut adalah 15 tips mudah yang boleh anda terapkan dalam azam anda untuk menurunkan berat badan.



FIKIR POSITIF - "Bagus, gelas ni cuma pecah separuh!"


1.    Saya Boleh!
Tanamkan azam itu dalam diri anda. Yakin anda boleh melakukannya. Apa saja godaan yang datang, sentiasa ingat azam anda itu. Sentiasa terapkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan. Jadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga. Sentiasala berfikiran positif.

2.    Sarapan Adalah Wajib
Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sebelum keluar rumah, jamahlah sedikit makanan kerana sarapanlah yang akan memberikan anda tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Tidak perlu makan sarapan yang berat. Cukup sekadar roti, telur atau jika tiada masa, anda boleh makan pisang, yogurt atau makanan yang mengandungi serat dan protein. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang sehingga tengahari.

3.    Baca Dan Semak Kandungan Nutrisi
Jangan terburu-buru sebaliknya ambil masa untuk anda membaca atau memerhatikan kandungan nutrisi pada makanan yang anda pilih sebelum anda mengambilnya. Perkara ini amat penting kerana jumlah kalori dan zat inilah yang berperanan untuk menambah berat badan anda jika diambil secara berlebihan. Belajarlah untuk menyesuaikan keperluan tenaga atau kalori anda dalam seharian.  Anda juga boleh membuat catatan yang boleh mengingatkan anda terhadap keperluan nutrisi anda agar pengambilannya sentiasa terkawal.

4.    Elak Diet Sementara
Kebanyakan orang mahu berdiet kerana mahukan keputusan dalam waktu yang singkat. Mungkin diet yang sangat ketat boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat namun selalunya ia akan bertambah semula dalam masa yang singkat. Berlapar semata-mata tidak akan membuat berat anda turun malah cara berlapar ini akan menurunkan metabolisme badan untuk membakar lemak. Paling penting adalah memilih makanan yang seimbang nilai gizinya mengikut keperluan tubuh anda agar kalori yang masuk akan dimanfaatkan tanpa disimpan menjadi lemak terkumpul dalam tubuh.

5.    Makan Dengan Teratur
Amalkan makan secara teratur dan jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan menurun apabila sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut, sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin setiap hari.

6.    Banyakkan Pengambilan Serat.
Serat amat penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol selain melancarkan proses pada saluran pencernaan. Malah, serat juga membantu mempercepatkan rasa kenyang dan ini akan membantu anda untuk mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah yang amat sesuai dalam menu pemakanan anda untuk membantu menurunkan berat badan.

7.    Pilih Makanan Yang Menyihatkan
Pemilihan makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan seperti yang anda mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi banyak lemak tepu. Pilih minyak sayuran sebagai sumber lemak kerana jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

8.    Lakukan Senaman Dan Bersukan
Salah satu senaman yang paling mudah, menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa adalah berjalan kaki. Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai dengan keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.

9.    Buang Kebiasaan Mengunyah Pada Waktu Malam
Inilah tabiat yang mudah mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini kerana ia hanya akan emnghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh.

10.    Banyakkan Pengambilan Protein
Makanlah makanan yang mengandungi protein yang tinggi kerana ia akan membuat perut anda berasa kenyang hingga beberapa jam dan ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk makan sebelum sampai waktunya.

11.    Buang Kebiasaan/Tabiat Buruk
Buang kebiasaan atau tabiat buruk yang mudah mengundang kenaikan berat badan dalam gaya hidup anda sebelum ini. Gantikan dengan kebiasaan yang lebih baik. Contohnya, gantikan penggunaan gula biasa dengan gula yang rendah kalori serta elakkan memasak makanan dengan menggunakan minyak yang banyak.

12.    Jadikan Teman Sekeliling Sebagai Pendorong Semangat
Jadikan orang sekeliling anda sebagai pendorong semangat anda untuk kembali langsing. Sekiranya anda putus asa atau patah semangat untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan, teman-teman rapat anda akan menjadi pendorong semangat supaya jangan mengalah.

13.    Catat Setiap Perkembangan
Sediakan catatan untuk mencatit setiap perkembangan dari masa ke semasa. Lebih baik jika anda mempunyai teman untuk sama-sama menurunkan berat badan. Dengan ini anda boleh membandingkan catatan anda dengannya. Ini akan membuat anda lebih bersemangat untuk mencapai tahap penurunan berat yang anda inginkan. Anggaplah ini sebagai satu persaingan yang sihat.


14.    Minum Air Yang Cukup
Pendapat pakar kesihatan mengesahkan apabila anda minum air kosong/putih yang mencukupi, ia membantu anda menghindarkan diri daripada makan secara berlebihan. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.

15.    Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan.
Anda inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan berputus asa dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan sekadar untuk kelihatan langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga  tahap kesihatan anda. Selalulah memotivasikan diri anda agar matlamat anda berjaya dicapai.

~CaRi KoTaK SaMpAi kE cHaNgLuN~


hye.... sowy late,,,rini sgt3 lha bizi nye coz study tok exam 2 ary ag huk2... mmg fokus kot td xon jep huh...spti mane yg koang slu tgk entry aq pnuh dgn ceritera2 yg sedih2...hehe... plik kn mcm la aq ni ratu sadness lak huk2... law papew pown pandgan kowg dgn belong ja ni aja appreciate sgt2... hope sgt pas ni aja lbih bsemangat mnulis blog coz aq mmg suke menaip... n ary ni aja just nk tnjuk kan hasil perjalanan ke canglOOn smlam coz smlam aja g cglOn tok bli kotak ltk brg yg d paking  coz da nk cuty sem ag pon ag 3 ary ag aja da nk alek phg.... yahOOO hOOrey!! ooOOooyeh!! hik2..aja g dgn mbe kampung aja Miss Ainania. taw x cite asl npe aja ke c2 coz aja dr uum dgn pakai bj
 t-shirt n suar trck g Vasity Mall tp pas crik stiap kedai d Mall 2 abis aja decide nk alek blik je n sumbat sume bj dlm 1 beg tp ms aja n mbe nk alek bas ke canglOOn btl2 bhnti dpn kami b2 nk pakcik 2 smpat ag tanye kOtak kat caNglOOn bnyk ag dik ,,,heeee,,,,so dgn pastas nye aja n mbe naek huk2,, gile kan,,, da la pakai bj biase je..g ke cglOn 2 agak bnda la bg kami... hik2,,,walaupon pd hakikatnye adalah pekan kecil cian taw...:( hehe,,,nten bile smpai aja bli beg yg besar coz kotak kat c2 tlalu bsr heee erm..pas 2 kami b2 masok la ke  dlm,, C-Mart kat c2 ja tgk 2dung cantek sgt aja ase tdetik cam nk blikan kat mak jewp...ehe harga pown sgt2 lha berpatutan so dlm 30 min pas2 aja pilih 2dung yg bwarna purple heee xtaw npe...ja minat sgt wane 2... heee....pas 2 ja trus g kdai kst tok blikan ksut khaz tOK mybff heee,,,, 2 mISss Honey dew,,, ja,,,hee dlm 1jam gak aja nk plih kasot tok dye... hehe... aduh...pOmPn law dpt mbeli belah mmg mcm ni kan hak2..pas 2 dlm kdai 2 jgk aja terjatuh centa pada 1 bj ia D namakan Mr Domokunyg tiut  sanat2 mmmm.... momey,,,,giler,,, hu.... pas2... aja tmn mbe aja,,bli beg huh..dlm 1 jam pas 2 kami kua dr c-mART 2 nten aja trus g makan biase la time2 laPooOO da ms 2... aja g kdai mamak mkn nsi kandar huh,,,,sodap...tp alek2 je trus sket pEWwoot xtaw npe... mbe pon sme taw...hee,,, btw ni je aja nk cte kan tOk ary ni so jmpe ag d ary2 yg akan dtg n lastly aja nk kOwg tlg doaka aja dlm exam nty taw,,, aja ade 2 paper ag... doakan aja eh,,,, da,,,, muax2.... 

~ nie antara koleksi yang aja da bli smlam... huk2,,,, xmahal mne pown harge nye sgt2 lha berpatutan hee~



~ tuhuan utama ke sana adalah utk dptkan beg ini jewp... tp melarat kepada brgan sampingan hik3..~



~tudung nie aja nk adiahkan kat mak bcoz y mum da bnyak bg kakak smgat  dlm idp he3 i lov u mOm~

hik3,,, peace.

~n this is 4 my bff love u damn..~





~this is my domo i love him so much~ 
miss u dom,,,, :) 


sampai disini jewp entry aja rini pnt seyh k la aja da nk g mndy ni huh... salam...bye,, kowg... :) smile keyh coz smile can make we enjoy with life,,,,





 pic owg xdew gigi hik2... lalalala...
cubby e2 comel  kan huk2....
:)


~*..hope enjoy 
~dah abis la syg... :) thnz..cOz sudi read my entry..lOve yOur spOrtt ~

~iklas dan hasil ciptaan adalah terpelihara by 





Jumaat, 13 Januari 2012

~sUsah DaN senaNg~



senang untuk berjanji
Susah untuk menunaikan janji



Senang nak nampak salah orang
Susah nak nampak silap diri sendiri




Senang untuk bercakap tanpa berfikir
Susah untuk menahan lidah daripada cakap benda sia-sia




Senang untuk buat peraturan
Susah untuk ikut peraturan




Senang untuk bermimpi setiap malam
Susah untuk capai apa yang diimpikan






Senang untuk mencintai
Susah nak tunjukkan hari-hari






Senang untuk buat silap
Susah untuk belajar dari kesilapan




Senang untuk memelihara persahabatan dengan kata-kata
Susah untuk menjaga sebuah persahabatan




Senang untuk berfikir buruk tentang orang lain
Susah untuk memperbaiki diri sendiri



Senang untuk kita jatuh
Susah untuk kita berdiri




Kita jatuh,kita terluka,dekat situlah kita belajar sebenarnya. Orang yang kuat dekat luar sana,orang yang pernah berjuang dengan diri sendiri dan lalui macam-macam situasi yang sukar. 




Pernah buat silap, pernah biarkan orang ambil kesempatan terhadap diri sendiri. Tetapi kita boleh belajar daripada pilihan buruk yang kita pernah pilih. Walaupun benda tu semua tak boleh patah balik. Kita tahu kita boleh buat keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.




Dalam dunia ni, bukan senang sangat nak senang. Dan bukan susah sangat nak susah. ye dak???



Hidup mesti diteruskan, dan aku pon tak tahu apa motif aku tulis entri ni sebenarnya.Tak ada lah terluka apa pon, aku happy je dengan life aku sekarang. Saja je nak jadi pakar rotibasi (baca: motivasi) kejap. muehehehehe. 




 hik3,,, peace...hope enjoy 
~dah abis la syg... :) thnz..cOz sudi read my entry..lOve yOur spOrtt ~
~iklas dan hasil ciptaan adalah terpelihara by 

♥♥♥http://selembuthatisitihajar.blogspot.com/♥♥♥