BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 6 Januari 2012

KeNangaN zaMan SEkola duLu2... hehe,,,

Assalamualaikum ♥



"Mangunnnn! Assalamualaikum tekjuuuuu!"


hadoi. fenatnya aja hali nih. pagi pagi mangun pegi cekulah! tengah hali pulak fenat belatur kat kantin panjang panjang. tekju pulak bagi kije cekulah manyak manyak. beg cekulah pulak belat nak mamposh! fenat badan aja

apehal? tengok tengok? *sambil muka paling innocent, merasakan tak-sedar-diri-dah-tua bukanlah satu perbuatan teruk mana pun*

rindu pulak aja dengan sekolah. memandangkan hari ni merupakan hari ketiga persekolahan, bahang semangat berkobar kobar yang tersemat hebakk di jiwa seluruh pelajar, telah ter-bluetooth ke jiwa aja juga. rasa macam :

kenapa la aku bukan Tingkatan 3. bawa buku teks pergi sekolah. makan chewing gam masa perhimpunan dan kenapa bukan sekarang, akulah manusia paling sibuk ikut jadual.



bila dah besar gedabak ni, teringat pulak :

1) Baju Sekolah & Lencana
padahal sekolah dulu, siap nak buat solat hajat, supaya masa cepat berlalu. mual halkum dah nak pakai baju putih kain biru kasut ada kapur. nak la juga pergi sekolah pakai Maxi Dress bersama shawl Hana Tajima sambil tayang handbag vintage dari SOMETIME Boutique

keji tak keji, bila waktu sekolah, demi efek cool, aja suka pakai Badge Button Avril Lavigne pada lencana sekolah. cool kan.


2) Perhimpunan
dah tua macam ni, bila lagi nak rasa perhimpunan? melainkan menyebokkan diri di perhimpunan BERSIH ataupun Perhimpunan Puteri Puteri UMNO. walhal dulu, waktu perhimpunan adalah waktu paling ideal untuk jadi pelakon pesakit kronik

"cekgu ni tak reti penat ke bebel depan tu?" -.-' ayat paling laris.

sambil kunyah chewing gum agar bunyi bunyi kunyahan chewing gum akan menghentikan suasana bosan di padang perhimpunan. sampaikan aja pernah tertelan chewing gum akibat terkejut pengawas sekolah tetiba timbul dari arah belakang. nasib tak mati tercekik.


3) Waktu Mesyuarat
waktu ni adalah waktu kecintaan aja sedang kusyuk dua bijik mata tumpu papan hitam, namun kepala otak kusyuk terbayang katil di rumah, paling best bila ada announcement untuk mesyuarat. memandangkan aja dulu ada jawatan :

Kerja Sekolah
memang sebati sejak dari bangku sekolah, kerja sekolah bukanlah sesuatu perkara kegemaran aja. lagi rasa tak suka bila, dah ada kerja sekolah, tetiba, hari nak hantar, terlupa bawa buku tak pun lupa buat. hehe,,,, so kne la perenkong dgn ckgu hha haja mmg seowg yg pemalas.... lalala
dayumm!

serta merta fakta dunia bertukar, makhluk paling ganas di muka bumi bukanlah singa mahupun Raksasa, tapi Cikgu Sekolah. wuuu T_T aja pernah kena berdiri atas meja sebab tak buat kerja sekolah pelajaran saince dgn cikgu azmi dye da la garang aja wat maen2 je,,,smpai kne dri ats kusi pas2 kne naek plk ats meje mmg sakit btl aty dye kat aja n the geng sampai ckgu nasir pngil group kami ni set2 kembong yg kembung perotnye bile xbcakap d kelas hahaa.... malu tau. dah la secret admirer aja sekelas dengan aja. hmm.


banyak lagi la yang aja teringin nak balik ke sekolah.

walaupun dulu aja antara pelajar yang nakal, makan bawah meja masa cikgu mengajar la, bawa alat make up la, tapi, pelajaran tetap takkan ketinggalan. sebab nak sangat jadi Mahasiswi Universiti dengan harapan, nampak lebih cool bila orang tanya :

"ko sekolah kat mana weh?"
"lu silap bro~ wa dah Degree kot" *sambil jeling dengan riaknya*

hikhik ^^

sekarang ni, ja da brumur 21 tahun, nak berangan balik ke zaman sekolah pun tak guna lagi. melainkan terus menikmati zaman sekarang, supaya dah kerepot nanti, takda la aja nak taip entry "kan best masa umur 21 tahun dulu"

p/s : teringat sharpener bulat ada cermin ja dulu. cikgu rampas, sebab ja suka bagi mata cikgu silau dengan kuasa menghala cermin ke matahari. bhahaha. masa tu sekolah rendah.hehe...klaka lha

1 ulasan: