BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 6 Disember 2012

...Kisah SITI SARAH relakan NABI IBRAHIM kahwini SITI HAJAR...

Asalamualaikum..... haii... sowy cgt2 da lme xkasik cOmey ini belOng... kih3..soe la im busyer nOw..opkos la...da nak dekat fInal exam kOt.. huaaa....xlame i tensiOn laaarrrr...i dUnt like exam.... mak... abah....kakak rinduuuuuuu...kakak nak makkk,,,,,,. maap sgt2 eh,,mak  kakak xdpt balek jmpe mak sblom jwb exam kakak kureng mOdal la akir2 sem ni,


ok Ary ni entry blong aja nak cte tentang KiSah SiTi HaJaR iaitu isteri nabi Ibrahim dan ibu kepada nabi Ismail madunya pula adalah Siti Sarah.. hOpefully dpt bantu tambahkan ilmu didada niey.. :)  


Kerana aja rase teruja kenapa mak ayah aja mengisi nama aja SITI HAJAR BINTI MOHAMAD aja pown rase berminat nak taw kisah 
SITI HAJAR so aja try google before ni pown aja pnh baca buku tentang kisah SITI HAJAR  tp ni 1st aja betul2 faham.. 
kenapa wanita ini terlalu kuat aja nak gunakan kisah 
SITI HAJAR ni dalam kehidupan aja.. moga allah swt meredhai aja.. allahuakbar... amin,,, :)

Kisah SITI SARAH relakan NABI IBRAHIM kahwini HAJAR..

SITI Sarah ialah isteri Nabi Ibrahim adalah seorang wanita yang sangat cantik dan beriman dan berakhlak mulia.


Mereka sering berdoa kepada Allah supaya dikurniakan keturunan yang akan menghibur dan dapat menggembirakan hati Nabi Ibrahim.

Bagaimanapun doa yang dipohon sekian lama masih belum dikabulkan Allah.

Pada suatu hari, Siti Sarah berkata: "Aku sangat sedih kerana tidak dapat memenuhi keinginan kamu memperoleh anak lelaki. Jalan penyelesaiannya yang ada di fikiranku ialah kamu sebaiknya bergaul dengan Siti Hajar yang suci dan beriman itu. 

"Dia pasti akan dapat memberi kita anak yang dapat membawa cahaya, kegembiraan dan mengubati penderitaan kita kerana ketiadaan anak."

Bagaimanapun Nabi Ibrahim menolak cadangan itu dan menjelaskan kepada Siti Sarah bahawa baginda pasti akan menyesal jika berlaku pertelingkahan dan perselisihan antara Siti Sarah dan Siti Hajar di kemudian hari.

Bagaimanapun, Siti Sarah tetap meminta suaminya menerima cadangan berkenaan. 

Akhirnya Nabi Ibrahim bersetuju dan baginda pun berkahwin dengan Siti Hajar.

Tidak berapa lama kemudian, Siti Hajar hamil dan Siti Sarah turut membantu menyediakan segala keperluannya.

Akhirnya, Siti Hajar melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. 

Nabi Ibrahim berasa sangat gembira dan menyangka kegembiraan yang dialaminya juga turut dikongsi oleh Siti Sarah.

Sebaliknya, Siti Sarah tiba-tiba berasa cemburu tanpa disedari. Beliau marah kepada Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.

Nabi Ibrahim berusaha mencari penyelesaian dengan mengajak Siti Sarah merenung kembali peristiwa awal bagaimana baginda menikahi Siti Hajar, namun ikhtiar itu tidak berjaya.

Keinginan Siti Sarah untuk memiliki anak semakin terasa apabila melihat Ismail mula membesar.

Bagaimanapun beliau tidak mahu menyakiti hati Nabi Ibrahim yang amat disayanginya .

Beliau meminta baginda membawa Siti Hajar dan anaknya pergi jauh dari rumah mereka supaya hatinya berasa tenang.

Nabi Ibrahim menunaikan solat istikharah dan meminta pertolongan Allah supaya diberikan jalan keluar daripada masalah yang berlaku.

Allah mewahyukan kepada baginda agar segera membawa isteri dan anaknya ke sebuag tempat dikehendaki-Nya.

Nabi Ibrahim memenuhi perintah itu dan kemudian berjalan menempuh padang pasir hingga sampai ke Baitul Haram.

Selepas mencari tempat berteduh dan perlindungan selain meninggalkan sedikit bekalan makanan serta air, baginda terpaksa pulang. 

Siti Hajar tidak membantah dan menerima kenyataan itu serta menyerahkan dirinya dalam perlindungan Allah lalu berkata: "Allah pasti tidak akan mempersiakan kami!"

Nabi Ibrahim berangkat pulang dengan perasaan yang sedih dan pilu.

Baginda dapat berasa kecemasan dan kekhuatiran nasib yang terpaksa dilalui Siti Hajar dan puteranya yang belum pernah berpisah dengannya.

Bagaimanpun keduap-duanya terpaksa ditinggalkan kerana ia adalah perintah Allah.

Namun keimanan dan keyakinannya pada perlindungan Allah membuatkan baginda tabah dan cekal lalu berdoa: "Ya Tuhanku, aku tinggalkan sebahagian keluargaku di lembah yang tidak ada tumbuhan ini, di sisi rumah-Mu Baitul Haram. Ya Allah, hendaklah mereka mendirikan solat, ciptakan hati manusia supaya senang kepada mereka, serta berilah mereka rezeki buah-buahan, semoga mereka berterima kasih." (Surah Ibrahim, ayat 37)

Sementara itu, Siti Hajar meletakkan anaknya di atas pangkuan beliau lalu beliau duduk termenung memikirkan untung nasibnya yang terdampar di padang pasir yang kering dan tandus seluas mata memandang tanpa teman dan tidak mempunyai daya sama sekali.

Bagaimanapun, beliau tidakberasa takut dan yakin bahawa perlindungan Allah akan menyelamatkan mereka kelak.

Selepas beberapa hari tinggal di situ, makanan dan air yang dibawa akhirnya habis. 

Siti Hajar berusaha mencari air. Beliau pergi ke Bukit Marwa yang disangkanya ada air malangnya apa bila sampai dia tidak menemukan apa-apa. 

Keadaan sama juga berlaku dengan Bukit Safa sehingga akhirnya tujuh kali beliau terpaksa berulang alik mencari air di kawasan itu, sedangkan Ismail terus menangis.

Dengan kuasa Allah yang Maha Besar, tanah yang dihentakkan kaki Ismail ketika menangis tiba-tiba mengalir air yang sangat jernih.

Mereka menikmati rahmat Allah itu dan rasa syukur. 

Siti Hajar begitu gembira lalu mengangkat tangan ke langit mengucapkan terima kasih kepada Allah.

Beliau kemudian menghampiri air berkenaan sambil berkata: `Zammi, zammi, zammi' iaitu mengalirlah, mengalirlah, mengalirlah supaya itu tidak meresap kembali ke dalam tanah.

Memang air zam-zam tidak hilang ditelan batu dan pasir tetapi terus mengalir hingga hari ini.

Itulah air yang terletak di sisi Kaabah d dan diminum berjuta-juta jemaah haji.

Ditakdirkan Allah, akhirnya Siti Sarah mengandung selepas pemergian Siti Hajar dan beliau melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Ishak.




Sedih bila baca ringkasan kisah isteri2 Nabi Ibrahim ni.... Meski pun mereka ini di kalangan yang di MULIAKAN ALLAH, masih ada sifat cemburu... Macammana pula kita yang cuma sekadar INSAN biasa...IMAN di dada pun masih goyang... MasyaALLAH, begitu MULIA sifat SITI HAJAR yang terpaksa berpisah dengan suami, Nabi Ibrahim.....di tinggalkan pulang sehelai sepinggan di tengah2 padang pasir yang kering kontang....Kalau kita di zaman sekarang ni, si MADU biasanya selalu bertelagah, tak bisa sehaluan... Rasa2nya suka hasut menghasut sampai si suami jadi pening... alih2 cari yang lain... Bak kata P.Ramlee dalam cerita MADU 3....



...." Isteri tua merajuk, balik ke rumah isteri muda. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwen 3!!!".....



mmm, sekadar berkongsi ye... pada sesiapa terasa, minta ampun ye..



Selamat Malam SEMUA,,, :) 

mOga dpt menambahkan pengetahuan anda2 semua... 

aja adlah aja...
aja xboleh jadik Owg laen



kita akan merasa dekat dengan allah jika kita sentiasa mengigati allah...
jadi,, kuatkan iman..
sentiasa lakukan sesuatu kerana allah....
amin... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan